Cabaran demokrasi di Malaysia

Cabaran demokrasi bermaksud rintangan atau sebarang halangan yang perlu dihadapi rakyat untuk terus memacu perubahan terutamanya di Malaysia. Dalam wawasan untuk membawa perubahan kepada negara, sistem demokrasi memberi ruang untuk pemain medan politik untuk berpegang teguh pada prinsip-prinsip asas demokrasi. Oleh yang demikian, perlunya pemilihan seseorang wakil rakyat dalam pilihan raya bagi memastikan pemimpin benar-benar mewakili kehendak atau kemahuan rakyat yang memilihnya. Dalam bergerak ke arah Malaysia yang maju, sesebuah demokrasi perlu mengharungi cabaran dan rintangan terutamanya apabila pemimpin yang dipilih tidak mewakili suara rakyat dan ada yang terpilih bertindak untuk melompat daripada satu parti ke parti lain selepas pilihan raya yang boleh membawa kepada pertukaran pemerintah. Hal ini merupakan sebuah perkara yang jelas sebuah pencabulan kepada hasrat dan kehendak rakyat yang memilih dalam sistem tersebut.